Friday, 22 July 2022

SULTAN MUHAMMAD I RAJA KELANTAN 1800

 
Sultan Muhammad I memerintah Kelantan selepas berjaya mengalahkan Tengku Muhammad yang disokong oleh Sultan Mansur Terengganu.

Nama asal baginda ialah Long Muhammad. Baginda merupakan putera sulung Long Yunus. Baginda tidak mempunyai anak. Baginda telah mengambil anak Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan) iaitu Long Senik Mulut Merah sebagai anak angkatnya.

Sultan Muhammad I memerintah Kelantan selama kira-kira 35 tahun. Apabila baginda mangkat, pengganti ialah Long Jenal, adinda baginda. Long Jenal merupakan putera kelima Long Yunus. Long Jenal memerintah hanya dua tahun apabila digantikan anak saudara baginda, Long Senik Mulut Merah, yang juga anak angkat dan anak saudara Sultan Muhammad I.

Long Senik Mulut Merah kemudiannya dikenali Sultan Muhammad II.

Long Jenal kemudian menjadi menteri di wilayah Nongchik, Pattani dari tahun 1842 hingga 1845. Mangkat di Nongchik, pada tahun 1845.

Baca juga:

No comments:

Post a Comment