Thursday, 14 July 2022

CARA MAJUKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN

 
Banyak orang menceburi perniagan dan berusaha untuk berjaya. Menceburi perniagaan dianggap cara untuk menjadi kaya sehingga tahap jutawan. Namun, tidak semua berjaya dalam mengapai cita-cita menjadi usahawan berjaya. Ada yang tersungkur di tengah jalan. Perniagaan tidak berkembang dan mengalami kerugian. Lebih malang terpaksa menanggug hutang yang banyak.

Berniaga bukan hanya membeli dan menjual sesuatu produk. Perniagaan satu yang kompleks dan memerlukan ilmu untuk menceburinya. Bukan boleh dianggap sebagai hanya cuba-cuba. Lainlah, jika sekadar mencuba berniaga modal dua tiga ratus ringgit saja.

Dalam kebanyakan perniagaan, kita perlu menjual diri untuk berjaya. Bina keyakinan diri agar nampak menonjol dan berjaya. Lakukan sesuatu membuatkan diri kita dipandang oleh orang lain. Untuk membentuk keyakinan dalam diri bukannya mudah, ia memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk terus mengekalkan kepercayaan kepada diri sendiri.

Peniaga dalam talian sebagai contoh, biarpun nampak mudah, hakikatnya perlu menjual diri di media sosial. Pastikan penampilan diri di media sosial secara konsisten dan mempamerkan apa yang kita jual. Yakin diri dan berkongsi kebaikan apa yang kita jual.

Guna gambar profile dan gambar lain yang mencerminkan diri anda orang yang menepati apa yang dijual. Kalau jual produk kesihatan, pastkan kita sentiasa menceritakan tentang aktiviti yang mencerminkan kita sihat dan bertenaga.

Jika, menjual produk kurus, pastikan kita adalah orang yang kurus atau mempunyai berat badan unggul. Tentu sekali kita mempunyai wajah muka yang bersih, tidak semestinya cantik, jika menjual produk wajah.

Itu namanya menjual diri. Selalukan buat status di media sosial yang menampilkan keyakinan kepada produk yang dijual. Tonjolkan gaya hidup yang bertepatan dengan produk yang dipasarkan.

Kalau semuanya menarik dan hebat, pasti produk itu akan mendapat perhatian yang menarik orang ramai membelinya atau menyertai sama. 

Kalau bercita-cita ingin berjaya dalam perniagaan, tetapi tidak berani untuk mengubah gaya hidup dan berfikir masih cara lama, percayalah anda tidak akan ke mana.

Berniaga bukan hanya membeli dan menjual sesuatu produk. Perniagaan satu yang kompleks dan memerlukan ilmu untuk menceburinya. Bukan boleh dianggap sebagai hanya cuba-cuba. Lainlah, jika sekadar mencuba berniaga modal dua tiga ratus ringgit saja.

Dalam kebanyakan perniagaan, kita perlu menjual diri untuk berjaya. Bina keyakinan diri agar nampak menonjol dan berjaya. Lakukan sesuatu membuatkan diri kita dipandang oleh orang lain.

Untuk membentuk keyakinan dalam diri bukannya mudah, ia memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk terus mengekalkan kepercayaan kepada diri sendiri.

Cara menjual diri sangat penting untuk orang mudah berurusan dengan kita. Penjenamaan diri sangat penting sebagai wakil kepada produk kita.

Sebagai usahawan, tidak hanya menjual barangan atau perkhidmatan semata-mata, tetapi diri sendiri itu mewakili jenama masing-masing.

Betapa pentingnya ilmu perniagaan kepada usahawan. Kalau setakat berniaga, mungkin tidak perlu untuk seseorang itu memikirkan hal mendalam mengenai sesebuah produk dan kerjanya hanya mengambil barang serta menjualnya.

Berbeza dengan usahawan yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap produk atau perkhidmatan ditawarkan. Usahawan misalnya perlu mengetahui mengenai kandungan produk, kelebihan serta kekurangannya, pembungkusan, penjenamaan, strategi pemasaran, modal dan sebagainya.

Banyak yang perlu diberi perhatian dan inilah sebabnya usahawan harus memiliki ilmu. Ilmu itu penting untuk berdepan dengan kesulitan.

Dampingi dan terima tunjuk ajar atau sekurang-kurangnya berkongsi pengalaman mereka yang telah berjaya. Konsep ‘mentoring’ sangat bagus kalau dipraktikkan untuk mereka belajar lebih rapat dengan mentor.

Jangan hanya tahu ambil jalan mudah dan pintas untuk untung cepat. Biasanya yang cepat naik itulah yang cepat merudum.

Di dalam perniagaan tiada jalan pintas untuk berjaya kecualilah kalau seseorang usahawan itu dilahirkan di dalam keturunan orang kaya yang hartanya tidak habis dimakan.

Jadi, kita perlu sedar di mana kedudukan kita. Apakah kita mempunyai kekayaan warisan atau sebaliknya. 

Kalau kita sering fikir susah, nescaya kita akan rasa susah. Kalau fikirkan ia mudah, insya-Allah ia mudah.

Dalam mana-mana pekerjaan pun, kalau kita fikir ia sesuatu yang susah, memang akan jadi susah. Sebab apa yang kita fikir, buat dan rasa itu adalah doa.

Kita perlu memujuk akal supaya menerima sesebuah cabaran dengan positif. Kalau minda kata bagus, maka baguslah. Pemantapan ilmu penting kerana tidak mahu menjadi peniaga ‘kosong’.

No comments:

Post a Comment