Penduduk
Kampung Pantai Senok, Bachok bakal mendapat menikmati kemudahan jambatan
menghubung kampung tersebut dengan Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu yang
menyeberangi Sungai Pengkalan Datu.
Dengan
pembinaan jambatan dan jalan itu nanti mendekatkan penduduk di Kampung Pantai Senok
untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail dan seterusnya ke bandar Kota Bharu.
Kemudahan
ini juga akan memajukan lagi aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan. Di
Pantai Senok terdapat pantai peranginan yang mendapat jolokan nama Pulau Nami.
Manakala di Kampung Tanjung Kuala Sabak di sebelah Kota Bharu pula terdapat
Pantai Nusuk dan Masjid A-Rahman Pulau Gajah.
Projek
pembinaan jambatan tersebut yang bernilai RM68.5 juta adalah salah satu
daripada empat Projek Jalan Luar Bandar Kelantan yang telah dikeluarkan Surat
Setuju Terima (SST) awal yang jumlah keseluruhan sebanyak RM183.5 juta.
Empat
Projek tersebut adalah:
1)
Projek bina jalan dan jambatan dari Kampung Joh, Machang ke Kampung Belimbing
Tanah Merah merentasi Sungai Kelantan (RM60 juta).
2)
Projek bina jalan dan jambatan antara Kampung Pasir Era ke Kampung Pasir
Kelang, Kuala Krai merentasi Sungai Kelantan (RM40 juta).
3)
Projek naik taraf jalan menghubungkan Kampung Manek Urai ke jalan utama FT008
(Kuala Krai ke Gua Musang), Kuala Krai (RM15 juta).
4)
Projek membina jalan dan jambatan dari Kampung Pantai Senok ke Kampung Pulau
Gajah, Bachok (RM68.5 juta).
Gambar: Sungai Pengkalan Datu
No comments:
Post a Comment