Laman
Warisan Serunding Kampung Laut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan
semula Kampung Laut yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECERDC).
Projek
ini bakal menjadikan Kampung Laut sebagai sebuah pusat pelancongan warisan
ikonik dan destinasi ‘mesti lawat’ di Kelantan pada masa akan datang.
Laman
Warisan Serunding Kampung Laut ini menyediakan 11 ruang niaga untuk memasarkan
makanan tradisional terutamanya serunding Kampung Laut yang terkenal.
Selain
itu, projek pembangunan semula Kampung Laut ini turut merangkumi Laman Warisan
Seni Kampung Laut yang membuka peluang kepada para pengusaha tempatan untuk
mempamerkan karya seni mereka.
Laman
Warisan Seni ini yang dijangka siap pada awal tahun depan akan menyediakan
ruang untuk menjual produk tempatan seperti batik, wau dan kraftangan kepada 12
peniaga tempatan.
Projek
pembangunan semula Kampung Laut ini turut memasukkan pemindahan masjid tertua
di Malaysia, Masjid Kampung Laut di tapak asal sebagai salah satu komponennya.
Difahamkan,
perancangan jangka panjang, Masjid Kampung Laut dan pembangunan Kampung Laut
sebagai kampung warisan telah dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan
kebangsaan dan seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah
UNESCO.
Akan
datang, pembinaan Jambatan Palekbang dan Kota Bharu Promenade akan melengkapkan
Laman Warisan Kampung Laut sebagai pembangunan bersepadu berasaskan pelancongan
di negeri Kelantan dan akan memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan di
kawasan-kawasan di sepanjang jalan tersebut.
No comments:
Post a Comment