Wednesday 18 November 2020

SEBATANG LIDI MUDAH DIPATAHKAN

Pokok kelapa dikenali ‘pokok serbaguna’. Termasuk bahagian pokok kelapa yang boleh dimanfaakan ialah bahagian daun yang diraut dengan menggunakan pisau akan menghasilkan sebatang lidi. Lidi ini akan dikumpul untuk dijadikan penyapu.

Penyapu lidi memang terkenal digunakan dalam masyarakat Melayu. Digunakan untuk menyapu sampah, habuk dan sebagainya sama ada yang beradai di permukaan rata dan di celah-celah bahagian yang kecil.

Ikatan lidi juga digunakan untuk menakut-nakutkan haiwan. Kucing biasanya akan lari lintang pukang atau setidak-tidaknya akan terbantut untuk melakukan sesuatu jika ditunjukkan penyapu kepadanya.

Satu perumpamaan menggunakan lidi sebagai pelambangan iaitu sebatang lidi senang dipatahkan, tetapi ia tidak berlaku sedemikian jika seberkas lidi yang menjadi kuat dan kukuh.

Perumpamaan itu mengajar kita agar bersatu dan berada dalam satu kelompok. Jika kita berada berseorangan, maka senanglah menjadi mangsa kepada musuh. Bersatulah dan jangan pentingkan diri. 

No comments:

Post a Comment