
Mohon
maaf banyak-banyak. Saya ingin mengundur diri dari media sosial. Bukan di sini
sahaja, bahkan semua media sosial lain. Sebutlah apa sahaja media sosial yang
saya sertai, saya akan mengundur diri.
Buat
teman dan sahabat semua. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi aktif di media
sosial dan menutup akaun ini selamanya kerana beberapa sebab peribadi yang
tidak boleh dikongsi di sini.
Saya
rasa sudah tiba masanya untuk saya fokus lebih teliti dalam menguruskan
kehidupan saya. Banyak perkara yang perlu saya uruskan.
Bila
ada status-status sebelum ini sama ada sengaja atau tidak membuatkan sahabat
berasa tidak selesa, sakit hati, terasa, geram, saya mohon diampunkan dengan
seikhlas hati. Saya hanya manusia biasa.
Berat
rasanya untuk menutup akaun media sosial yang sudah menjadi sebahagian hidup
saya beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi apa boleh buat, saya terpaksa
mengundur diri dan menutup akaun ini.
Akhir
kata, sihat dan sukses selalu buat sahabat-sahabat semua.
Salam
kasih sayang untuk semua.
Selamat
tinggal.
No comments:
Post a Comment