Amat besar kesan keburukan
yang ditanggung rakyat jika itu berlaku. Kita perlu sentiasa diingatkan mengenai
kesan itu dalam masyarakat berbilang kaum.
Kita kena ingat Sejarah !3
Mei 1969. Itu bukan ingin menakut-nakutkan rakyat, tetapi sebagai satu peringatan
untuk dijadikan panduan agar tragedi itu tidak berulang.
Isu kaum sentiasa menjadi
bom jangka dalam negara berbilang kaum. Jika berlaku krisis kaum, tiada mana-mana
kaum mendapat untung. Semua akan rugi. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Yang untuk
pihak lain. Tentu sekali kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu perkara itu terjadi.
Kita juga tidak mahu
masuk fahaman yang meruntuhkan kehidupan bermasyarakat dan bernegara seperti
radikalisme, terorisme dan liberalisme yang tidak menghiraukan fitrah
kemanusiaan dan jati diri bangsa.
Kebimbangan perlu ada
dalam diri kita bahawa pada hari ini sudah masuk ancaman terbabit yang
mempengaruhi anak bangsa kita, menyebabkan mereka terbabas dari landasan
sebenar kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Sama ada kita sedar atau
tidak, perkembangan tidak sihat ini adalah bentuk ancaman yang sebenar datang
dari tangan jahat yang tidak terlihat secara tersurat atau nyata.
Justeru, dalam
perjuangan menuju bangsa Malaysia yang bersatu dan kuat, peranan seluruh
komponen masyarakat didambakan untuk berjaga-jaga dan membendung penyebaran
fahaman yang boleh merosakkan bangsa, agama dan negara.
Perbalahan politik yang
'menggila' juga harus diawasi kerana boleh mengundang masuk dan menyerapnya
'proksi luar' yang amat berbahaya kepada bangsa dan negara.
Proksi luar itu akan
bertindak sebagai 'pihak ketiga' yang sukar dikesan dan berperanan mengadu
domba kelompok politik yang bertelagah supaya terus bermusuhan dan berkonflik.
Apabila permusuhan sudah
begitu menajam, tidak mustahil musuh terus menyusup dalam arena politik bangsa
Malaysia. Mana-mana kelompok yang menjadi proksi luar itu akan mudah dijadikan
boneka.
Gerakan sulit musuh
inilah yang terbukti berjaya dilakukan di negara Arab yang lemah kesatuannya,
sama ada di dalam negara atau rantau itu sendiri.
Semoga tidak kejadian buruk
berlaku di negara kita. Bangga jadi rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment