Beruk
pandai memanjat pokok. Memanjat pokok dan bergerak di dahan pokok memang
keistimewaan beruk.
Beruk
boleh dilatih memetik buah, terutama buah kelapa. Beruk terlatih amat pandai
memetik kelapa mengikut arahan tuannya.
Biarpun
diikat di bahagian tengkuk, beruk tidak menghadapi masalah untuk bergerak di
tandang dan pelepah kelapa. Boleh dianggap satu 'kepakaran' beruk mengelak tali
berbelit pada tandang atau pelepah kelapa.
Tambahan
pula tuan beruk yang berada di bawah akan mengawal agar pergerakan beruk dan
tali tidak akan berbelit dan tersangkut pada mana-mana bahagian pokok kelapa.
Namun,
malang tidak berbau. Biarpun terlatih dan telah lama melakukan tugas memetik
buah kelapa, seekor beruk telah mengalami sesuatu yang mencatat sejarah.
Kejadian
yang berlaku di Kampung Alor Kebakat, Melor, Kelantan itu telah menyebabkan
pemilik beruk terpaksa meminta bantuan pihak bomba untuk menurunkan beruknya
yang terlekat di atas pokok kelapa berketinggian kira-kira 13 meter.
Beruk
jantan itu dikatakan tidak dapat turun setelah tali mengikat tengkuknya
berbelit pada bahagian pokok.
No comments:
Post a Comment