Saturday, 25 May 2024

TILAWAH AL-QURAN KEBANGSAAN 2024 DI PAHANG

 
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi, bermula 23 sehingga 28 Mei di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah dengan tema Tema 'Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati'
 
Program selama enam hari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kerajaan Pahang itu melibatkan seramai 29 peserta, masing-masing 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah menyertai tilawah, manakala 81 peserta bagi hafazan.
 
Tiada kategori untuk acara tilawah. Untuk hafazan pula dibahagikan kepada tiga (3) iaitu kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk. Tahun ini, pihak penganjur telah membuat penambahbaikkan dalam format pertandingan.
 
Untuk peserta tilawah Al-Quran, mereka perlu membaca dua lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit. Manakala peserta hafazan pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa dua minit.
 
Penganjuran MTHQK tahun ini yang memasuki kali ke-66 sejak pertama kali dianjurkan pada 1960, turut meneruskan beberapa penambahbaikan dalam format pertandingan sebelum ini.
 
Ia termasuk mewajibkan peserta tilawah al-Quran membaca dua lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit.
 
Peserta hafazan al-Quran pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa dua minit.
 
Bagi memberikan lebih cabaran kepada peserta, MTHQK tahun ini juga menyaksikan pembaharuan bagi kategori hafazan al-Quran, iaitu soalan akan dikemukakan tanpa disebut atau dinyatakan nombor ayat, nama surah, juzuk dan muka surat seperti lazim.
 
Setiap pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan akan membawa pulang wang tunai, wang tambahan untuk menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil penyertaan, selain peserta akan menerima RM1,000 sebagai penghargaan daripada Kerajaan Pahang.
MTHQK tahun ini kali ketiga Pahang menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada 2011 dan kedua pada 2014.

No comments:

Post a Comment