Menteri Pelajaran, Fadhlina Sidek
mencatatakan memori di FBnya sempena lawatan kerja ke Gua Musang, Kelantan, yang
turut melibatkan program di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, sekolah
orang Asli Kelantan.
Catatan beliau:
Jangan pernah memandang rendah dan
mengambil enteng keupayaan dan bakat anak-anak kita.
Sewaktu jamuan bersama warga SMK
Panggung Jaya, dalam lawatan kerja tempoh hari di Gua Musang Kelantan, kami
disajikan dengan dua persembahan daripada anak-anak SMK Panggung Jaya.
'Kakak' Fifi Fazalianataza Uda
mendeklamasikan puisi berjudul "Alam Sekitar" dengan penuh
penghayatan. Saya juga turut berasa sebak, menitis air mata ketika menyaksikan
deklamasi beliau, seolah-olah terbawa menyelami rasa hati sanubari mereka yang
terkesan dek arus pembangunan yang tidak mampan.
'Kakak' Nur Syafienaz Nazri pula
menyampaikan pidato 'Bingkisan Rasa'. Kemas, bersahaja, terbaik! Penggunaan
bahasa Melayu yang tersusun dan indah, keyakinan yang tinggi, lontaran idea
yang bernas.
Cuma saya sedikit sebak apabila
mendengar beliau memohon maaf kerana anak-anak orang Asli berasa malu tampil di
khalayak, malu bercakap di depan orang ramai.
"Kakak, jangan rasa malu, dan
jangan pula minta maaf. Makcik lebih malu lagi mendengar yang demikian dan
Makcik minta maaf sebab belum mampu sepenuhnya memberikan yang terbaik untuk
pendidikan Kakak dan rakan-rakan semua. Kita semua usahakan sama-sama
Terima kasih Kakak Fifi dan Kakak
Fienaz!
ya!"
Gambar atas: Fadhlina (kanan) mengatakan sesuatu kepada Fifi Fazalianataza Uda
Fadhlina (kiri) memeluk Nur Syafienaz Nazri
No comments:
Post a Comment