Wednesday, 13 December 2023

PASKAU PASUKAN ELIT TLDM

 
Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 1980. 

Ini bermakna ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai pasukan elit sendiri. Tentera Darat Malaysia (TDM) ada Grup Gerak Khas (Komando) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ada Pasukan Khas Udara (PASKAU).
 
Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi di pantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi di darat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh dan operasi di kapal khas.

Kepakaran lain ia berkaitan antipengganas, operasi membersihkan periuk api di darat mahupun di perairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.
 
PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian di bawah permukaan air. 

Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV (Underwater Delivery Vehicle), bot laju dan kenderaan marin yang lain.
 
Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment