Friday 23 September 2022

Bob Lokman meninggal akibat kompilasi jantung

 
Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung, jam 3 petang 23 Sept 2022.

Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman dilahirkan pada 15 April 1964 berusia 58 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir.

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh cahaya mata.

Sebelum ini, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Disember 2020.

Pada 8 April 2022, Bob dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat. 

Pada 21 April lalu, Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut. Beliau keluar IJN dan balik ke Kelantan pada 24 April lalu.

No comments:

Post a Comment