Tuesday 16 August 2022

PUCUK DAUN MERANTI SEDAP DIJADIKAN SAYUR

 
Pucuk daun meranti (bukan pokok kayu meranti) sejenis tumbuhan meliar di dalam semak atau belukar. Bagaimana pun kini telah ada petani yang mengusahakan tanaman sayuran pucuk meranti secara komersil atau untuk dijadikan sayur.

Nama lain pucuk daun meranti ialah sayur meranti, sayur ranti dan sayur pucuk pahit. Tumbuhan ini lebih dianggap sebagai tumbuhan jenis rumpai di kawasan kebun kerana ia tumbuh sendiri terutama selepas aktiviti menebang pokok getah dan tanah terdedah terus kepada cahaya matahari.

Pucuk daun meranti lebih mudah tumbuh dan subur di kawasan tanah gambut yang terbakar dan banyak humus.

Pucuk daun meranti boleh dimasak pelbagai menu. Namun, paling biasa ialah masak lemak putih dicampur dengan keledek, udang dan sayuran lain. Ia juga sedap digoreng dengan dicampur belacang, ikan bilis dan udang.

Daun meranti sebelum dimasak perlu dicelur atau direbus, kemudian ditoskan untuk mengurangkan rasa pahit. Namun ada juga yang terus dimasak dan menganggap rasa pahit sebagai sedap dan rasa asli.



No comments:

Post a Comment