Monday, 27 June 2022

Chua Hock Kuan dilantik setiausaha politik PM

 
Naib Ketua Pemuda MCA Pusat, Chua Hock Kuan dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri. Hock Kuan juga Pengerusi MCA Kelantan adalah tokoh muda yang diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri untuk melaksanakan tugas berat tersebut.

Catatan Chua Hock Kuan di FB bertarikh 27 Jun 2022;
Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Parti MCA dan Kepimpinan parti serta Perdana Menteri atas kepercayaan dan peluang untuk menggalas tugas yang berat ini.

Kepelbagaian kaum adalah aset dan keistimewaan negara kita. Malah setiap kaum mempunyai kemahuan dan pemikiran yang berbeza, itu semua adalah perkara lumrah. Saya berpandangan, dalam berpolitik setiap kaum setiap orang daripada kita perlu bersatu untuk membina keluarga Malaysia. Namun, dari sudut kebudayaan, kepercayaan dan juga adat resam setiap kaum berhak berfikiran secara tersendiri.

Sebagai ahli MCA, saya akan terus mendokong prinsip penubuhan parti MCA dalam menjaga kepentingan masyarakat Tionghua dan sejajar dengan lantikan Setiausaha Politik berbangsa Cina kepada Perdana Menteri. Saya juga tidak akan mengabaikan konsep Keluarga Malaysia yang mengutamakan kepentingan kepelbagaian kaum.

Saya dilahirkan di Kelantan, sebuah negeri yang majoriti penduduknya ada berbangsa Melayu. Walaupun begitu, saya masih mengamalkan adat dan pantang larang masyarakat cina mengikut tuntutan agama dan keluarga. Disamping itu, saya juga tidak asing dengan kehidupan masyarakat Melayu.

Sahabat yang mengenali saya pastinya memahami gaya kehidupan dan cara pergaulan saya dengan Semua kaum di Kelantan termasuk juga kaum minoriti Siam dan India kerana saya percaya dengan kebergantungan antara kita dalam membina negara bangsa.

Sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, saya berjanji selain menjadi perantara masyarakat Cina dengan Kerajaan, saya juga akan mendokong konsep Keluarga Malaysia dan berpaksikan perlembagaan Malaysia dalam melaksanakan tugas.



No comments:

Post a Comment