Kesihatan harta
paling berharga. Kalau telah dijangkiti atau mengalami penyakit
kronik, sebahagian nikmat hidup telah hilang. Pergerakan menjadi terbatas dan
banyak perkara sukar untuk dilakukan atau langsung tidak mampu dilakukan.
Ketika
itu, selain sokongan ahli keluarga, ambil berat atau cakna sahabat amat memberi
erti. Datang bukan sahaja memberi kata-kata semangat, bahkan ada yang datang
membawa sesuatu yang boleh memberi kebaikan atau keselesaan untuk membantu kembali
pulih ataupun sekurang-kurangnya meringankan sedikit beban musibah sakit.
Semoga
kehadiran sahabat membawa seribu rahmat, memberi kekuatan dan harapan agar yang
sakit cepat sembuh. Amin.
No comments:
Post a Comment