Ramai rasa pening lepas makan
daging kambing. Punca berlaku keadaan itu kerana kolestrol kambing boleh
menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah
tinggi.
Kolestrol kambing yang menguraikan
darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isi padu darah
meningkat.
Pesakit darah tinggi yang mengambil
daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu
darah seperti gejala rasa pening seperti yang biasa dialami kebanyakan orang.
Walaupun daging kambing bertindak
sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak
tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak
mengambil daging kambing sebagai terapi.
Tetapi bagi mereka yang tidak
mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan
daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit
terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan
masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak.
Pesakit obesiti yang mengambil
daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut
mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol
kambing.
Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan di dalam
badan.
Kesan pembakaran lemak akan
mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
No comments:
Post a Comment