Melayari
FB, tiba-tiba terpandang gambar ini. Memang kenal sangat susuk tubuh lelaki ini.
Inilah Hussin Umno. Hussin
setia pada parti UMNO. Sebab itu di FB nama dia adalah Hussin Umno. Dia bukan
pemimpin UMNO.... hanya ahli biasa di satu cawangan dalam Parlimen Machang,
Kelantan.
Kesetiaan
Hussin Umno pada UMNO tidak berubah biarpun ada yang menawarkan janji indah
untuk meninggalkan UMNO.
Hussin
Umno akan hadir dalam program UMNO di mana sahaja, terutama yang melibatkan
pemimpin tertinggi UMNO, selagi termampu.
Kalau
tidak ada orang boleh menumpangkan dia ke program UMNO, dia akan menggunakan
motosikal untuk ke sana.
Tidak
kira hujan atau panas, siang mahupun malam, Hussin Umno akan bermotosikal untuk
hadir ke program UMNO biarpun beratus kilometer dari rumahnya.
Bukan
sekali dua motosikalnya kehabisan minyak di tengah jalan, mahupun mengalami
kerosakan. Namun, semua cabaran itu tidak mematahkan semangat Hussin Umno untuk
melunaskan tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO.
Semasa
kempen PRK Tanjung Piai, Hussin Umno turut ada di sana. Mengikuti setiap gerakerja
yang diadakan di PDM Serkat, kawasan yang diamanahkan kepada Perhubungan UMNO Kelantan.
Sebenarnya,
bukan di Tanjung Piai sahaja Hussin Umno datang membantu jentera BN. Boleh dikatakan
di semua PRK, kelibat Hussin Umno akan kelihatan.
Semoga
Allah merahmati dan mempermudahkan segala usaha Hussin UMNO demi agama bangsa.
Amin.
No comments:
Post a Comment