Kandungan
al-Quran dan hadis sama sekali bercanggah. Jika sesuatu tiada dinyatakan dalam
al-Quran, tetapi disuruh atau ditegah oleh Rasulullah, itu bukan bermakna
baginda sengaja mengadakan sesuatu hukum.
Antara perkara utama yang ditekankan dan diarahkan
oleh al-Quran ialah menjadikan Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW sebagai
ikutan kita di alam ini. Kepercayaan kita kepada al-Quran sebagai kitab
petunjuk sejati tidak sempurna jika tidak disulami dengan kepercayaan bahawa
Rasulullah SAW adalah wakil Allah kepada kita.
Sebagai wakil Allah, Bagindalah yang paling
mengetahui kehendak Allah dalam al-Quran. Justeru, apa saja kefahaman kita
terhadap mana-mana saja ayat al-Quran tidak boleh diterima sekiranya tidak
melalui pengesahan kefahaman Rasulullah SAW.
Dalam satu riwayat, Ibnu Masud berkata: “Allah
melaknati pembuat tatu, orang yang meminta tatu, orang yang mencabut bulu badan
dan juga orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan
Allah.”
Kenyataan ini sampai ke telinga seorang wanita
daripada Bani Asad yang bernama Ummu Ya’qub lalu dia datang lalu berkata: “Saya
dengar kamu melaknat sekian dan sekian!” Ibnu Mas’ud menjawab: “Apa salahnya
saya melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah SAW dan juga yang terdapat
dalam kitab Allah?”
Wanita itu berkata: “Saya sudah membaca
keseluruhan al-Quran dan saya tidak menjumpai apa yang kamu sebutkan itu.”Ibnu
Mas’ud menjawab: “Jikalau engkau benar-benar membacanya pasti engkau akan
menjumpainya. Tidakkah engkau membaca (ayat 7 Surah al-Hasyr) yang bermaksud:
“Dan apa yang dibawa oleh Rasul maka hendaklah kamu semua ambil dan apa yang
ditegah olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan?” Wanita itu menjawab: “Sudah
tentu.” Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah perbuatan
itu.” (Hadis riwayat Bukhari).
Bagaimanpun, hari kita ingat atau sedar bahawa
terdapat 'hadis palsu' yang berlegar dalam masyarakat. Terdapat musuh Islam
untuk membuat penyelewengan dalam hadis dengan memalsukan kenyataan dan
menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.
Walaupun begitu, Allah sudah menjanjikan bahawa
agama-Nya akan kekal terpelihara. Kewujudan ulama yang pakar dan mahir dengan
selok-belok hadis dapat mengatasi kemelut pemalsuan ini.
Dr Subhi al-Salih dalam kitabnya Ulum al-Hadis wa
Mustalahuh menyatakan bahawa apabila al-Imam Abdullah bin al-Mubarak ditanya:
“Bagaimana dengan hadis palsu?” Beliau menjawab: “Akan muncul pakar yang membanterasnya.
Allah telah berfirman (dalam Surah al-Hijr ayat 9) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan peringatan dan pasti Kami akan menjaganya.”
No comments:
Post a Comment