Ibu baharu bersalin semasa
berpantang perlu menjaga pemakanan. Ibu bersalin perlu makan makan berkhasiat
dan kaya serat untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga dan kesihatan.
Ia juga dapat membantu
pengeluaran susu lebih banyak untuk penyediaan susu secukupnya kepada
bayi. Sumber makan mahupun minuman kaya vitamin dan mineral, serta serat
perlu diutamakan dalam setiap menu.
Banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar, terutama ulam-ulaman kerana boleh
dimakan begitu sahaja. Pengambilan ulam herba dapat membantu pemulihan tenaga
lebih cepat.
Sayur eloknya dimakan mentah. Namun jika perlu dimasak, masak
yang simple sahaja. Kalau boleh, elakkan pengguna santan yang kaya dengan
lemak. Ibu dalam pantang tidak sesuai makan makanan berlemak.
Elakkan juga minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu,
cincau, nenas, kelapa muda, dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini menyebabkan
sakit sendi dan otot semasa berpantang kerana pada masa ini, memang sel sel
baharu hendak pulih seperti sediakala.
Elakkan memakan ikan masin atau ikan kering kerana akan
menyebabkan nifas berbau dan melemahkan daya ketahanan fizikal dan
mental. Ikan berbisa seperti keli, pari juga tidak digalakkan dimakan.
Digalakkan untuk memakan ikan haruan kerana memang terbukti ikan
haruan ini mempercepatkan penyembuhan luka-luka di badan. Kalau susah
hendak dapatkan ikan haruan hidup, boleh didapati dalam bentuk pati atau
kapsul.
Sepanjang berpantang elok amalkan set ibu lepas bersalin yang banyak di pasaran
sekarang. Ia lengkap dengan keperluan ibu bersalin.
Set ibu bersalin berasas ciri rawatan tradisional, tetapi diolah
secara moden untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.
No comments:
Post a Comment