Tuesday 4 May 2021

IKAN SELUANG BANYAK TERDAPAT DI SUNGAI

Seluang adalah sejenis ikan darat atau air tawar dari sepesis Rasbora spp. Seluang banyak jenis seperti seluang bada atau seluang badang, seluang bara, seluang juau dan seluang nipis.

Seluang mudah didapati di tali air, parit, sungai, tasik, paya dan sebagainya. Ikan seluang sebenar jenis ikan kecil. Jadi ia juga dipanggil anak seluang. Anak seluang boleh dibuat umpan pancing, dikering, dipais atau digoreng.

Ada peribahasa berkaitan seluang iaitu tak sungguh seluang melaut akhirnya balik ke tepi juga yang bermaksud tidak betah merantau akhirnya balik semula ke kampungnya.

1 comment: