Saturday 24 April 2021

KURANGKAN KIRIM VIDEO DALAM KUMPULAN MEDIA SOSIAL

Mulai sekarang kurangkan hantar video dan gambar yang lagha dan lawak bodoh. Kirimkan hanya yang penting sahaja. Ketahui, lambakan gambar, audio dan video yang tidak penting akan memperkayakan penyedia rangkaian dan memiskinkan penerima dan memungkinkan jatuh kepada pembawa dan penyebar fitnah, memaksa tanpa sedar, mencuri atau merompak hak penerima. Cuba baca penerangan di bawah.

JOM LIHAT FAKTA ROMPAKAN TERSEMBUNYI

Syarikat telekomunikasi dan WhatsApp.

Pemakaian pakej data 5Gb dengan harga RM30 untuk 30 hari.

1 Gb/ Gigabites = 1024 Mb/ Mega bytes

Sekiranya, anda beli 5Gb dengan harga RM30, RM30 anda mendapat  5120Mb.

RM30 ÷ 5120 = RM0.017

1Mb = RM0.017sen = 0.17sen/Mb

Nampak murahkan?

Jika anda mengirim video bersaiz 7.1 Mb bermakna anda telah membayar:-

7.1Mb x RM0.017sen = RM0.12 untuk satu video tersebut.

Kalau kredit anda yang dipotong RM0.12 setiap kali mengirim video masih terasa ok bagi anda, kan?

Bagaimana dengan kredit teman-teman anda?

Sekarang mari kita kira!

Andaikan setiap group WhatsApp mempunyai 30 ahli.

Jika anda mengirim video bersaiz 7.1 Mb dibuka oleh 30 ahli, maka anda sudah berhasil menyedut kredit  teman-teman anda sebanyak 7.1 x 30 x RM0.12 = RM3.60

Itu kalau dibuka. Bagaimana kalau teman-teman anda kurang arif dalam tetapan dan video tersebut automuaturun.

Sekarang jumlah pelanggan data bagi satu-satu pengendali sahaja sekarang mencapai 2 juta.

Jika pengguna WhatsApp 10% saja = 200,000 orang.

Cuba kira berapa pendapatan dari hanya satu pengendali rangkaian sahaja?

200,000 x RM0.12

= RM24,000/video

Fantastis! inilah jumlah yang diterima oleh penyedia data internet dalam setiap kali anda mengirim video bersaiz 7.1 Mb

Wooowwwwww ... anda telah berhasil menyokong syarikat telekomunikasi menjadi semakin kaya raya!!!

Walaupun wangnya bukan dari anda tapi disedut dari kredit-kredit teman-teman anda.

Tahniah anda telah berjaya merompak teman-teman anda bagi pihak syarikat telekomunikasi.

Jadi kirimkan hanya yang benar-benar bermanfaat dan tidak lagi mengirim video yang tidak bermanfaat, sedangkan ianya sangat merugikan si penerima. Sekiranya video tersebut terdapat di Youtube, sila kongsikan pautan sahaja kepada teman-teman agar mereka boleh memilih ingin melihat atau tidak.

Begitu juga, dengan perkongsian pautan blog dan laman sesawang. Jika kawan ini membaca atau mendapat maklumat lanjut, mereka boleh klik pada pautan berkenaan.

Hidup berjimat dan tetap manfaat buat kita bersama!!!

Kurangkan pengiriman ucapan selamat pagi, siang, petang, malam dalam  dalam bentuk gambar, lebih-lebih lagi video.

Semoga bermanfaat. 

 

No comments:

Post a Comment