Wednesday 31 March 2021

MEMILIH SENDIRI CARA HIDUP MENGIKUT POTENSI DIRI

Kehidupan kita mengikut kebiasaan dan didikan. Jika kita berada dalam situasi lemah dan ketinggalan, sebenarnya itu bukan kerana kekurangan diri. Ia mempunyai kaitan dengan pengaruh sekeliling. Sebab itu, untuk berjaya kita perlu menggunakan sepenuhnya kekuatan dan potensi diri.

Pernah dengar tentang singa yang dikijangkan? Kisahnya bermula seekor anak singa tercicir dari jagaan ibunya. Lalu singa itu tinggal bersama kijang di hutan.

Dia dibesarkan bersama kijang-kijang lain. Mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh kijang seperti berlari dengan cara kijang berlari, makan apa yang kijang makan dan berbunyi seperti bunyi kijang.

Selayaknya singa itu dipanggil kijang biarpun bentuk badan dan paras rupanya adalah singa.

Sehinggalah suatu hari, sang singa bertemu dengan sekumpulan singa di tepi tasik. Dia kagum melihat ketangkasan singa-singa tersebut.

“Waa!!!! hebatnya mereka berlari!!! Cara jalan mereka penuh dengan keberanian!!!”, fikir si singa itu.

Pada ketika itu, kawan-kawan si singa, iaitu kijang lari bertempiaran melihatkan kedatangan kawanan singa tadi.

Si singa jadi keliru. Lalu dia ikut berlari. Setelah agak jauh dari kawanan singa, si singa itu berhenti di tepi tasik dan terpandang wajahnya sendiri di dalam air.

“Eh, kenapa rupa kawanan singa tu seperti diriku?” soal si singa di dalam hati.

Kawanan singa tadi mengejar kijang-kijang lain. Seekor demi seekor berlalu di tepi si singa tanpa mengganggunya...

“Hurm, tak kejar aku pun?” bisik hati si singa.

Dalam pada itu, salah seekor daripada kawanan singa tadi menghampiri si singa dan berlaku hubungan mesra. Si singa jadi lebih keliru.

Si singa telah terputus hubungan dengan kumpulan kijang yang menjadi sebahagian keluarganya. Lalu, si singa mengikut kawanan singa yang dirasakan seperti keluarganya biarpun baharu kenal.

Kawanan singa itu mengajarnya cara hidup seperti singa selayaknya. Lalu, si singa berasa dirinya hebat seperti singa-singa lain dan terus hidup bersama kawanan singa sebagai singa.

Bermula dari itu, si singa baru sedar bahawa dirinya adalah singa dan bukannya kijang. Dia perlu menggunakan sepenuhnya kehebatan sebagai seekor singa dan bukannya kijang.

Pengajaran kisah itu ialah kita kena diri kita dan mempunyai kekuatan untuk menggunakan kelebihan yang ada pada diri. Jangan jadi mangsa perancangan pihak lain. Lepaskan diri dari kongkongan mengatakan diri lemah dan tidak mampu melakukan seperti orang lain. 
 

No comments:

Post a Comment