Penghinaan
terhadap peribadi Rasulullah SAW bukan perkara baru. Semasa hayat baginda pun
perkara ini telah berlaku. Rasulullah SAW berdepan cabaran besar untuk
menyebarkan Islam. Namun, berkat kesabaran dan kebijaksanaan melaksanakan
dakwah, Islam dapat berkembang dengan baik.Persoalannya, mengapakah ada individu atau kelompok yang masih menzahirkan rasa
tidak tidak berpuas hati atau marah terhadap Rasulullah SAW sedangkan baginda
sudah lama wafat?
Keuntungan atau ganjaran apa yang diharapkan oleh mereka dengan menghina
Rasulullah SAW? Mereka tidak mendapat pujian atau pengiktirafan atas usaha itu.
Bahkan, mereka berdepan dengan pelbagai masalah apabila umat Islam bangkit
membantah perbuatan itu.
Inilah sebenarnya perang psikologi yang dilakukan bukan Islam terhadap umat
Islam. Mereka sebenarnya secara tidak langsung memberi isyarat bahawa Islam
bukan agama yang baik kerana ia dicipta oleh Nabi Muhammad yang digambarkan
sebagai manusia sukakan perbuatan tertentu.
Sesungguhnya apa yang diperkataan oleh bukan Islam itu adalah dusta
semata-mata. Hakikatnya Rasulullah SAW adalah pembawa rahmat ke seluruh alam.
Firman Allah SWT bermaksud: “Tiada Kami utuskan engkau melainkan sebagai rahmat
ke seluruh alam semesta.” (Surah al-Anbiya, ayat 107).
Bahkan, Rasulullah SAW turut mendapat pengiktirafan bukan Islam, antaranya
ialah Sir Herbert Spencer (1820-1903) dalam bukunya yang diterjemahkan ke
dalam bahasa Arab, Ushulul Ijtima.
Sir Spencer menulis: “Hendaklah kamu menjadikan Muhammad sebagai contoh politik
agama yang benar, dan seorang yang paling jujur dalam menerapkan sistemnya yang
kudus di tengah-tengah umat manusia seluruhnya. Muhammad merupakan sesuatu
yang dijadikan amanat yang dijelmakan dalam kejujuran yang murni, siang dan
malam selalu tekun membangunkan umatnya.”
Disorot kembali beberapa siri penghinaan yang dilakukan melalui media atau yang
dianggap oleh mereka sebagai tanda kreativiti melalui seni.
Di Bangladesh, Salam Azad telah menghina Rasulullah SAW dalam bukunya berjudul
“Bhanga Math” (Broken Temple). Di Mesir pernah mencetuskan kebangkitan
kemarahan mahasiswa terhadap novel yang ditulis oleh Haidhar bin Haidhar.
Filem yang berjudul Innocence of Islam diarahkan oleh Sam Bacile telah
mencetuskan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia pada tahun 2012.
Pada tahun lepas 2012, sebuah majalah Perancis menerbitkan karikatur menghina
Nabi Muhammad SAW. Pada tahun 1988, Salman Ruhdie menghasilkan The Satanic
Versus yang mencetuskan fenomina kebencian terhadapnya sehingga dia menerima
ancaman bunuh.
Itu hanya sekelumit paparan mengenai penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Pihak
yang memusuhi Islam sebenarnya tidak akan berpuas hati dan berhenti
melaksanakan niat jahat itu. Mereka akan mengguna seluruh saluran yang boleh
menzahirkan hasrat buruk itu.
No comments:
Post a Comment