Wednesday 30 March 2016

Laku tugas dengan ikhlas

Tugas perlu dilakukan dengan ikhlas.  Keikhlasan akan mewujudkan keyakinan diri dan semangat untuk melakukan yang terbaik.  Kita tidak mampu untuk berlakon baik, kerana yang palsu tidak akan kekal lama.  Maka itu, persiapan untuk keyakinan diri dan kemampuan terbaik perlu disemai oleh setiap bakal pendakwah. 

Setiap tugas pasti berdepan dengan cabaran. Namun, setiap cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya jika kena caranya.  Maka itu, setiap orang perlu bijak dan tahu bagaimana hendak berdepan dengan apa jua cabaran.  

Cabaran adalah motivasi untuk kita lebih berjaya. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pendidik dalam usaha merealisasikan peranannya sebagai pendakwah dan cara mengatainys ialah:

Kerja perguruan kini relatifnya semakin kurang disanjung berbanding sebelum ini.  Pada bebeapa dekad dulu kerja guru amat disanjung.  Guru dianggap insan paling mulia yang menjadi lilin membakar diri semata-mata untuk mendidik anak bangsa.  Guru sanggup ditugaskan di mana-mana saja hingga terpaksa berdepan dengan perlbagai rintangan hidup semata-mata ingin menabur bakti kepada anak bangsa. 

Dewasa ini perkara ini terlah berubah sebaliknya.  Banyak yang menjadi guru dikatakan bukan kerana minat, tetapi disebabkan tidak ada peluang kerjaya lain.  Maka, suka atau tidak mereka memilih menjadi guru.  Bahkan ada yang menganggap tugas guru senang dan banyak cuti.  Justeru, mereka dilihat ingin mengambil kesempatan tugas senang itu untuk tidak komiterd dengan tugas. 

Tidak dinafikan, fenomina yang dinyatakan itu sebenarnya hanya melibatkan sebilangan kecil guru saja.  Sebahagian besar guru masih komiterd melaksanakan tugas.  Namun seperti kata pepatah, kerana setitik nila rosak susu sebelanga. 

Akibatnya pandangan masyarakat terhadap kerjaya guru semakin buruk.  Hal ini menyebabkan sedikit sebanyak hasrat dan cita-cita majoriti guru untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada anak bangsa menjadi terbantut. 

Untuk mengatasi masalah ini amat penting maruah dan pandangan masyarakat terhadap kerjaya guru perlu dipulihkan.  Antara cara yang boleh dilakukan ialah membuat tapisan dan pemilihan yang lebih ketat dalam pemilihan calon guru.  

Hanya mereka yang benar-benar berminat saja diberi peluang menjadi guru.  Selain itu, guru yang sedia ada perlu melakukan anjakan paradigma dan transformasi minda untuk berdepan dengan cabaran melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi dan cemerlang. 


Maruah dan kedudukan guru perlu dipulihkan agar masyarkat kembali memandang tinggi terhadap kerjaya guru dan seterusnya dapat membantu guru merealisasikan peranannya sebagai pendakwah. 

No comments:

Post a Comment