Thursday, 24 July 2025

KUIL PREAH VIHEAR, KEMBOJA

 
Kuil Preah Vihear terletak di atas Pergunungan Dangrek di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand. Secara geografinya, kuil ini terletak di kawasan Kemboja. Mahkamah Antarabangsa sudah putuskan sejak 1962 bahawa kuil itu milik Kemboja.
 
Kuil Preah Vihear dibina sekitar abad ke-9 hingga ke12 Masihi, semasa zaman kegemilangan Empayar Khmer. Lebih tua dari Angkor Wat yang terletak di Kemboja. Lebih kurang sezaman dengan kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua (Abad ke7 - ke13 Masihi).
 
Ia dianggap sebagai salah satu seni bina Hindu tertinggi dalam tamadun Khmer. Kuil ini didedikasikan kepada dewa Hindu, Shiva. Bagi Thailand, ia juga sebahagian daripada sejarah mereka kerana wilayah itu pernah berada di bawah pengaruh Siam lama. Isu pemilikan kuil ini sering menjadi perbalahan dan rebutan di antara Thailand dan Kemboja.
 
Terletak di puncak tebing yang curam dan dalam. Boleh melihat jauh ke dalam wilayah Kemboja. jadi ia amat strategik bagi ketenteraan dan geopolitik. Kuil ini terdiri daripada beberapa tempat suci yang dihubungkan oleh sistem jalan dan tangga sepanjang 800 meter.
 
Kompleks kuil berfungsi sebagai pusat kerohanian yang didedikasikan untuk dewa Hindu Shiva. Kedudukan Preah Vihear pada ketinggian 525 meter di atas paras laut, menyediakannya dengan pemandangan dataran di sekelilingnya, meningkatkan kepentingannya sebagai tempat ibadat dan pertahanan.
 
Kuil Preah Vihear diiystiharkan sebaai tapak warisan dunia UNESCO (diiktiraf pada 2008). Potensi menarik ribuan pelancong setiap tahun
 
Tapak ini sangat terpelihara, terutamanya kerana lokasi terpencilnya. Tapak ini adalah luar biasa kerana kualiti seni bina yang disesuaikan dengan persekitaran semula jadi dan fungsi keagamaanl, serta kerana kualiti luar biasa hiasan ukiran batu yang dimilikinya.

No comments:

Post a Comment