TCO adalah akronim kepada "travel control office/order". TCO atau pegawai kawalan perjalanan sebenarnya adalah
jawatan pegawai polis cawangan khas (SB) yang bertugas di pintu keluar masuk
negara yang mempunyai tugasan tertentu.
TCO tidak menyekat kebebasan individu untuk bergerak ke mana-mana destinasi di dalam negara dan luar negara. Aktivitinya, termasuk komunikasi melalui telefon dan peranti lain tidak dipantau.
Ini berbeza dengan individu dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) yang dianggap suspek penjenayah. Nama yang ada dalam SPK adalah suspek bagi kes tertentu termasuk jenayah (CID), narkotik atau individu yang terbabit dalam kes 3R yang melarikan diri keluar negara yang perlu ditangkap jika mereka memasuki negara ini.
Pegawai TCO yang bertugas di pintu masuk negara bekerjasama
dengan pegawai imigresen dan kastam bagi melakukan risikan serta meneliti
senarai suspak dalam SPK bagi membolehkan tangkapan dibuat untuk tindakan
lanjut.
Sebaliknya, individu
yang dikelaskan di kalangan tokoh pemimpin negara, kerabat
diraja atau individu yang sekiranya dirinya berada dalam ancaman perlu diberi
perhatian keselamatan oleh pihak berkuasa juga diberi perhatian.
Pergerakan individu VVIP dipantau kerana sekiranya tiada
sesiapa yang mengetahui tentang pergerakan individu tersebut melintasi sempadan
negara sama ada keluar atau masuk, maka TCO mengetahui mengenai perkara itu dan
dapat memaklumkan kepada pihak berkuasa di dalam negara mahupun di luar negara
jika ada sesuatu ancaman terhadap individu tersebut.
No comments:
Post a Comment