Buah pisang boleh dimakan secara mentah
atau terus dimakan tanpa diubah keadaan semula jadi. Pisang juga dijadikan pengat
untuk dimakan. Selain itu pisang dijadikan bahan untuk membuat kek, cekodok dan
macam-macam kuih lain.
Paling terkenal pisang dijadikan pisang
goreng atau digoreng sebelum dimakan. Jenis pisang yang digunakan untuk
digoreng adalah pisang raja, pisang abu atau pisang tanduk. Ini antara pisang
yang begitu popular dan sangat enak apabila digoreng.
Adunan tepung yang digunakan untuk
menggoreng pula terdiri dari campuran tepung gandum, tepung beras, tepung ubi,
santan atau susu sebagai penambah perisa dan aroma.
Pada mulanya, pisang goreng hanya dimakan
begitu sahaja. Namun, pada hari ini ia telah dipelbagaikan dengan tambahan
perisa untuk menikmatinya. Bagi penggemar pisang goreng, anda boleh menikmati
pelbagai perisa baru yang ditonjolkan seperti pisang goreng cheese, pisang
goreng coklat, pisang goreng susu dan sebagainya.
Di Indonesia, pisang goreng dikenali dengan
nama yang berlainan walaupun makanannya adalah sama. Walau bagaimanapun, bahan-bahan
yang digunakan dan cara menggorengnya sedikit berbeza.
Jika anda di Bali, pisang goreng dikenali
dengan nama godoh biu, di Jawa Barat pula dikenali sebagai cau goreng, manakala
di Jawa ia dikenali dengan gedhang goreng dan di Sibola pula dikenali dengan pisang
rakit, manakala di Pontianak ia dikenali pisang kipas.
Jika anda di Sabah, pisang goreng juga
digelar sebagai sanggar. Malah, ada yang mengatakan pisang goreng cheese
sebenarnya berasal dari Sabah. Walau dari mana pun asal usul pisang goreng
cheese ini, ternyata ia telah berjaya menambat hati ramai orang terutama bagi
penggemar-penggemar keju.
No comments:
Post a Comment