Monday, 3 July 2023

AIR TERJUN LUBUK LESUNG, PULAI CHONDONG

 
Kampung Lubuk Lesung terletak berhampiran dengan Kuari Bukit Buloh, Pulai Chondong, Kelantan. Kawasan kampung ini terletak berhampiran kawasan bukit. Salah satu kaki bukit yang termasuk dalam Kampung Lubuk Lesung ialah Bukit Gua Kambing yang terkenal sebagai lokasi kembara berjalan kami (hiking).
 
Air dari puncak Bukit Gua Kambing dan kawasan sekitar membentuk laluan anak sungai yang membentuk satu lata atau air terjun di kampung berkenaan yang dikenali Air Terjun Lubuk Lesung.
 
Air Terjun Lubuk Lesung biarpun tidak segah atau terkenal, ia tetap menjadi pilihan di kalangan penduduk setempat. Air yang jernih dan sejuk menjadikan ia kawasan mendamaikan dan menarik perhatian ramai.
 
Laluan ke Air Terjun Lubuk Lesung menjadi salah satu laluan untuk menuju ke puncak Bukit Gua Kambing.
 
Lokasi Air Terjun Lubuk Lesung terletak tidak jauh dari laluan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai yang dalam proses pembinaan.
 
Apabila siap lebuh raya tersebut, akan memberi kemudahan kepada pengunjung untuk beriadah di Air Terjun Lubuk Lesung.

No comments:

Post a Comment