Gula telah disahkan antara punca dan
penyebab penyakit berbahaya. Gula menjadi racun pembunuh manusia moden.
Tiada siapa yang pasti berapa banyak kandungan gula yang dimakan atau minum
setiap hari. Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu
teh (76 gram) gula tambahan setiap hari.
Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya
daripada gula. Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had.
Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori)
bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki (yang
disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).
Rakyat Malaysia juga antara yang dikenal pasti paling ramai ketagih gula.
Penyakit diabetes dan obesiti sudah menjadi trademark dan Malaysia antara yang
paling tinggi di Asia!
Tahukah anda bahawa minuman 3 dalam 1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman
kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula.
Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini
sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan. Ini belum
lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan
biasa anda.
Ramai yang telah menggunakan pemanis tiruan sebagai alternatif untuk cegah gula
tetapi kebanyakannya terhad dalam minuman sahaja. Bagaimana pula dengan makanan
seharian?
Bukan senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos
menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah
menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula
sepanjang hayat.
Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita
berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat
susah hendak meninggalkan gula.
Berusahalah kurangkan pengambilan gula untuk kesihatan lebih baik.
No comments:
Post a Comment