Sunday, 19 March 2023

POKOK MARANG PARANG TUMBUH TEPI SUNGAI

 
Pokok marang parang juga dikenali pokok gapis. Pokok gapis merupakan pokok asal (native) di negara kita. Ia boleh tumbuh sehingga 20 meter (66 kaki) tingginya. Daunnya mengurai, besar dan berwarna hijau tua.
 
Bunga gapis tumbuh secara langsung daripada batang pokok, dahan atau ranting dalam bentuk rumpun atau jambakan yang besar. Bunga gapis berwarna kuning aprikot dan mata merah terang menjadikannya lagi menyerlah ketika bunganya berkembangan pada musim panas. Bunganya amat wangi terutama waktu malam.
 
Pokok gapis menyumbang kepada pengekalan keseimbangan alam sekitar, ekosistem, ekologi dan biodiversiti sungai.
 
Sebab itu usaha menjaga keberadaan pokok gapis dilakukan oleh kominiti penduduk kampung yang mencintai alam sekitar. Contohnya, penduduk di Kampungg Kituntul Lama, Ranau, Sabah mengambil insentif untuk menjaga pokok gapis.
 
Di Kampung Kituntul Lama terdapat lebih kurang 12 pokok gapis atau marang parang yang telah mencapai umur lebih 200 tahun. Pokok tersebut tumbuh di tepi Sungai Mansahaban Kituntul Lama sejak dari awal kewujudan sungai tersebut. Penduduk kampung tersebut telah “mewartakan” pokok ini tidak boleh ditebang.

No comments:

Post a Comment