Sunday 11 July 2021

DEDAK ISIRUNG SAWIT BAKAL DIPASARKAN DI EROPAH

 
Sebuah syarikat terkenal bertaraf multinasional di Turki, BRB Holding bakal bekerjasama dengan Malaysia dalam pembekalan makanan haiwan berasaskan sawit.

Ia hasil memorandum persefahaman dengan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

BRB akan mendapatkan khidmat nasihat MPOC dari sudut bekalan dan pasaran untuk dedak isirung sawit (PKC) di Turki dan negara-negara Eropah terpilih.

Syarikat berkenaan yang ditubuhkan pada 1994 lalu itu dipilih kerana terlibat aktif dalam pelbagai projek antarabangsa di lebih 100 buah negara merangkumi bidang penternakan.

Kedua-dua pihak terbabit, bakal memperincikan lagi bentuk kerjasama dari sudut teknikal dan bekalan minyak sawit Malaysia seperti mana yang sudah dipersetujui.

MPOC akan membantu BRB dalam mendapatkan maklumat terkini dan penerangan mengenai faedah teknoekonomi makanan haiwan berasaskan sawit melalui pelbagai kaedah.

No comments:

Post a Comment