Memandangkan ada permintaan terhadap batang pisang untuk dibuat sebagai makanan, maka ia kini ada dijual di pasar raya. Mungkin di Malaysia tidak ada batang pisang dijual di pasar raya, tetapi di Hong Kong ada berdasarkan kepada gambar ini.
Lalu dicari di internet untuk mengetahui kebaikan atau khasiat batang pisang. Hasil carian didapati antara khasiat batang pisang adalah untuk mengeluar toksin atau racun dalam sistem penghadaman.
Batang pisang itu dimakan atau diambil secara terlebih dahulu dibuat jus atau dikisar. Jus batang pohon pisang dapat membantu pencernaan kerana kaya dengan serat. Kelancaran sistem penghadaman akan membantu mengatasi masalah asid berlebihan dalam sistem penghadaman.
Jus batang pohon pisang boleh dicampurkan bersama buah pelaga untuk merawat masalah batu karang di dalam buah pinggang. Selain dicampur dengan buah pelaga, boleh juga menggunakan limau nipis untuk tujuan tersebut.
Kepada mereka yang ingin mengawal berat badan, jus batang pisang juga boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
Khasiat lain jus batang pisang yang boleh dimanfaatkan ialah untuk mengawal kandungan kolestral dalam darah dan seterusnya dapat mengawal tekanan darah.
Pengidap kencing manis juga didakwa dapat mengawal kadar gula dalam darah dengan mengamalkan minum jus batang pisang.
No comments:
Post a Comment