Lembu
betina jarang melahirkan anak kembar. Seperti juga manusia, kebanyakan lembu
hanya berupaya melahirkan seekor anak. Jadi, jika ada lembu betina melahirkan
dua anak kembar, itu kira rezeki berligat ganda kepada penternak.
Dan
tentu sekali, untuk lebih besar jika lembu betina melahirkan anak kembar tiga. Seperti
mana jarang berlaku manusia melahirkan anak kembar tiga, begitu juga jarang
berlaku ibu lembu melahirkan anak kembar tiga.
Seorang
penternak lembu dari Pengkalan Chepa, Kelantan, Zakaria Daud, terlepas peluang untuk mendapat keuntungan berganda biarpun
lembu miliknya telah melahirkan tiga ekor anak, tetapi ketiga-tiganya mati
sebaik selepas dilahirkan kerana dilahirkan tidak cukup bulan.
Beliau menyatakan rasa terkilan ketiga-tiga anak itu mati, namun reda dengan apa yang belaku.
Katanya, ini adalah kali pertama lembu miliknya melahirkan anak kembar tiga sepanjang dua tahun menumpukan perhatian dalam penternakan lembu.
Biarpun ketiga-tiga anak lembu itu mati, menurutnya ia satu pengalaman sangat berharga sepanjang menjadi penternak lembu.
"Diharapkan lepas ini ada lembu ambo melahirkan anak kembar. Kalau bukan tiga, dua pun sudah memadai. Apa yang penting anak yang dilahirkan itu sihat dan dapat membesar," ujarnya.

No comments:
Post a Comment