Sebut
sahaja hiking atau kembara berjalan kaki tentu ramai terus terbayang bukit dan gunung serta hutan yang sukar
dan memenatkan. Memang betul keadaan itu.
Tetapi, tidak semua hiking perlukan keadaan itu.
Hiking
adalah berjalan menyusuri hutan dan bukit. Namun, 'hutan' tidak semestikan di tengah
belantara. Manakala 'bukit' tidak perlu yang tinggi beribu-ribu kaki sehingga dinamakan
gunung. Tempoh hiking juga tidak perlu sehingga seharian.
Hiking
boleh dilakukan dengan santai. Cari dan pilihlah kawasan yang sesuai dengan fizikal
dan ruang masa yang ada. Jika turut disertai oleh kanak-kanak, sesuaikan dengan
kemampuan fizikal mereka.
Sekarang
banyak lokasi hiking yang boleh turut disertai kanak-kanak. Kawasan bukit atau hutan
dalam ketinggian bawah 300 meter sesuai diikuti oleh kanak-kanak. Tempoh masa hiking
tidak melebihi tiga jam.
Hiking
di kawasan berkenaan memang mudah dilakukan. Tidak memerlukan persediaan yang banyak.
Hanya perlu membawa sedikit bekalan air dan makanan.
Hiking
melibatkan kanak-kanak dapat mendidik mereka mengenai alam sekitar selain melatih
ketahan fizikal dan mental.
No comments:
Post a Comment