Monday, 25 November 2019

CARA ATASI MASALAH DARAH PEKAT

Darah pekat merupakan masalah umum di kalangan masyarakat sekarang.
 
Darah pekat bermaksud pembekuan darah dalam salur darah pada kadar tidak normal. Platlet darah saling bergumpal dan melekat antara satu sama lain hingga pengalirannya menjadi lebih perlahan dan kurang lancar.

Jika ia berlarutan, akan membawa kesan negatif seperti darah beku yang menyebabkan aliran darah tersumbat.

Sekiranya masalah ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh mengundang maut.

Antara faktor darah pekat ialah proses pembekuan menjadi hyperaktif. Sekiranya ia menjadi hyperaktif maka ianya akan mencepatkan proses pembekuan pada kadar yang tinggi dan menyumbat aliran darah.

Di samping itu, masalah ini juga akan timbul apabila anggota badan tersebut tidak digerakkan buat masa yang lama.

Contohnya, apabila seseorang itu baru terlibat dalam kemalangan jalan raya dan tulang kakinya patah, maka setelah kaki tersebut telah dirawat, pesakit tersebut haruslah melakukan aktiviti tertentu yang diajar oleh ahli fisioterapi untuk membantu pengaliran darah menjadi lancar.

Sekiranya tidak mengikut cara-cara tersebut, maka pengaliran darah akan menjadi perlahan dan darah akan lama-kelamaan menjadi pekat serta mengakibatkan aliran darah tersumbat.

Antara tanda gejala darah pekat adalah seperti kemerahan anggota badan yang terlibat, bengkak dan juga sakit pada tempat tersebut, yang menandakan masalah dalam saluran urat.

Saluran urat yang terlibat akan mengalami kerosakan injap dan ini akan mendatangkan masalah tidak diingini.

Gejala darah pekat yang paling ketara ialah sakit badan, kerana darah menjadi pekat di seluruh badan, menyebabkan pengedaran oksigen kepada organ penting menjadi perlahan. Seterusnya, ialah sakit kepala atau migraine.

Sekiranya otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi dalam jangka masa yang ditetapkan maka ia akan mula menyebabkan pelbagai masalah dan jika berlarutan, boleh mendatangkan maut.

Selain itu, sakit mata juga boleh menjadi salah satu gejala berikutan masalah darah pekat ini.

Ini kerana apabila darah menjadi pekat, perjalanannya dalam saluran darah akan bertambah perlahan lalu nutrien dan oksigen yang diperlukan oleh mata mengambil masa yang lama untuk sampai pada mata.

Jadi, mata akan menerima tekanan yang tinggi dan mendatangkan sakit kerana kekurangan nutrien dan oksigen.

Masalah darah pekat ini boleh diselesaikan melalui beberapa cara atau rawatan. Cara utama untuk cairkan darah pekat ialah dengan mengambil ubat cair darah atas nasihat doktor sahaja.

Ini kerana ubat tersebut harus diambil pada dos yang tertentu dan hanya boleh ditentukan oleh seorang doktor yang berkelayakan.

Sekiranya masalah ini datang daripada faktor pembekuan yang hyepraktif maka inidvidu tersebut perlulah mengambil ubat yang dapat membantu mencairkan ketulan darah dalam saluran.

Selain itu, kita juga bolehlah mempraktikkan cara-cara semula jadi yang dapat membantu serba sedikit dalam masalah darah pekat ini.

Kita bolehlah mengamalkan peminuman air yang banyak untuk membantu mencairkan darah, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Oleh itu, dengan mengamalkan tabiat ini, sememangnya darah pekat dapat dicairkan.

Selain banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan, mengamalkan pemakanan herba juga dapat membantu memulihkan masalah darah pekat dan meningkatkan tahap kesihatan.

Seterusnya, dengan bersenam juga ia akan membantu mencergaskan lagi badan kita dan kita juga berpeluang mengamalkan gaya hidup sihat.

Senaman dapat membantu aliran darah dalam saluran darah kita. Ini akan membantu mencairkan darah dengan lebih pantas dan mencegah darah menjadi pekat.

Kesimpulannya, sekiranya seseorang itu mengalami masalah seperti ini, individu tersebut haruslah segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ianya boleh membawa padah yang buruk.

Individu tersebut juga haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mencegah masalah ini daripada berleluasa.

No comments:

Post a Comment