Tuesday 17 December 2019

SERONOK HIKING BERSAMA KANAK-KANAK


Sebut sahaja hiking atau kembara berjalan kaki tentu ramai terus terbayang bukit dan gunung serta hutan yang sukar dan memenatkan. Memang betul keadaan itu. Tetapi, tidak semua hiking perlukan keadaan itu.

Hiking adalah berjalan menyusuri hutan dan bukit. Namun, 'hutan' tidak semestikan di tengah belantara. Manakala 'bukit' tidak perlu yang tinggi beribu-ribu kaki sehingga dinamakan gunung. Tempoh hiking juga tidak perlu sehingga seharian.

Hiking boleh dilakukan dengan santai. Cari dan pilihlah kawasan yang sesuai dengan fizikal dan ruang masa yang ada. Jika turut disertai oleh kanak-kanak, sesuaikan dengan kemampuan fizikal mereka.

Sekarang banyak lokasi hiking yang boleh turut disertai kanak-kanak. Kawasan bukit atau hutan dalam ketinggian bawah 300 meter sesuai diikuti oleh kanak-kanak. Tempoh masa hiking tidak melebihi tiga jam.

Hiking di kawasan berkenaan memang mudah dilakukan. Tidak memerlukan persediaan yang banyak. Hanya perlu membawa sedikit bekalan air dan makanan.

Hiking melibatkan kanak-kanak dapat mendidik mereka mengenai alam sekitar selain melatih ketahan fizikal dan mental.

No comments:

Post a Comment