Wednesday 6 November 2019

Kesetiaan Hussin UMNO


Melayari FB, tiba-tiba terpandang gambar ini. Memang kenal sangat susuk tubuh lelaki ini.

Inilah Hussin Umno. Hussin setia pada parti UMNO. Sebab itu di FB nama dia adalah Hussin Umno. Dia bukan pemimpin UMNO.... hanya ahli biasa di satu cawangan dalam Parlimen Machang, Kelantan.

Kesetiaan Hussin Umno pada UMNO tidak berubah biarpun ada yang menawarkan janji indah untuk meninggalkan UMNO.

Hussin Umno akan hadir dalam program UMNO di mana sahaja, terutama yang melibatkan pemimpin tertinggi UMNO, selagi termampu.

Kalau tidak ada orang boleh menumpangkan dia ke program UMNO, dia akan menggunakan motosikal untuk ke sana.

Tidak kira hujan atau panas, siang mahupun malam, Hussin Umno akan bermotosikal untuk hadir ke program UMNO biarpun beratus kilometer dari rumahnya.

Bukan sekali dua motosikalnya kehabisan minyak di tengah jalan, mahupun mengalami kerosakan. Namun, semua cabaran itu tidak mematahkan semangat Hussin Umno untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai ahli UMNO.

Semasa kempen PRK Tanjung Piai, Hussin Umno turut ada di sana. Mengikuti setiap gerakerja yang diadakan di PDM Serkat, kawasan yang diamanahkan kepada Perhubungan UMNO Kelantan.

Sebenarnya, bukan di Tanjung Piai sahaja Hussin Umno datang membantu jentera BN. Boleh dikatakan di semua PRK, kelibat Hussin Umno akan kelihatan.
  
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan segala usaha Hussin UMNO demi agama bangsa. Amin.

No comments:

Post a Comment