Tuesday 19 November 2019

SUMBER AIR SEMASA HIKING


Melakukan hiking di kawasan hutan biasanya akan bertemu mata air atau aliran air turun dari bahagian atas atau tebing tanah mahupun batu batang.

Aliran air itu biasanya dalam keadaan bersih, melainkan ketika hari hujan turut membawa lumpur dan kotoran seperti bahan reput dari tumbuhan.

Air yang mengalir di kawasan hutan berbukit selamat untuk diminum. Malah air itu kaya dengan kandungan mineral, terutama yang mengalir keluar dari kawasan batu batan.

Jadi, ketika hiking tidak sukar untuk mendapat bekalan air untuk diminum. Gunakan sepenuhnya sumber alam itu untuk diminum di tempat tersebut atau dimasukkan ke dalam bekas sebagai bakal untuk meneruskan hiking.

No comments:

Post a Comment